PENJUAL ANGGUR TERBAIK

Anggur Ajaib Menyelesaikan Pelbagai Penyakit

Tuesday, November 28, 2017

KEKAL SIHAT SEPANJANG HAYAT

Manusia terdiri dari lebih dari 60 trillion sel yg membentuk tissue,organ,sistem,hormon dan enzym..

Sihat sel anda maka sihatlah seluruh tubuh..
Sel yg sihat adalah asas kpd kesihatan yg jitu.'Healthy cells are the foundation of prolonged health.'

Masyarakat kite hanya amik berat hal kesihatan bila takanan darah dah tinggi,bacaan gula tak turun atau muka dah mula senget..kite tidak ghairah mjaga kesihatan..kite cuma bminat mgubati penyakit.Bila sakit bru cari "ubat" ajaib utk sembuh.Nk cari ubat yg murah dan cpt sembuh.

Inilah "typical" cara berfikir kebanyakkn manusia di Malaysia.Oleh itu budget utk "sick care" lebih tinggi dari "health care".

Wpun berbillion telah di belanjakn kite masih berdepan dan jutaan manusia yg d serang pnyakit gaya hidup spt diabetes,darah tinggi dan stroke serta kanser.

Kite seoalah2 lupa yg penyakit2 ni bkn penyakit yg di warisi tp penyakit yg di bikin oleh tangan sendiri...kite tak kisah apa yg di sumbat k halkum asalkn sedap dan kenyang...kite tak persoalkn kualiti dan safety suatu products hatta atas nama product kesihatan.

Sebenarnya kita dlm keadaan "krisis" kesihatn yg teruk.Kes2 kematian mgejut di usia muda dah jd biasa..dan kite hanya tgk spt ayam daging yg asyik mkn dedak melihat teman2nye di sembelih setiap hari..dan akhirnye dia jga akn di sembelih.

Persoalannya:

Brapa byk wang yg kite sanggup labur utk sel yg sihat?
Brapa byk masa yg kite peruntukn demi badan yg sihat dgn mbuat exercise?

Tak ramai yg sanggup..ramai yg akn buat apa saja bila nasi dah nk jd bubur..

BADAN YG SIHAT BKN SEKADAR ANGAN2..ia perlu pd komitmen setiap hari..jga pemakanan seimbang,tido yg cukup,kawal stress dan exercise..jgn lupa amik supplement semulajadi utk penuhi "vitamin gap" yg amat di perlukn oleh sel2 kite.

HEALTHY CELLS》》HEALTHY ORGANS》》
HEALTHY AND BEAUTIFUL BODY❤

Mulakn hari ni ye😃

#tipssihatHjRoslan
#wellness4life 

Sunday, November 19, 2017


Sekadar utk sama2 mengingati ;

1) pergilah check kolestrol 3 bulan sekali. Kolestrol yang tidak merbahaya ialah di bawah 3.5

2) belilah alat check darah tinggi harganya hanya 100 dan baterinya harganya 5 ringgit. Boleh tiap tiap hari check di rumah sambil makan atau sambil tengok TV pun boleh. Bacaan normal dan sehat ialah 120/80. Kalau lebih dari 140 pergilah jumpa doktor segera jangan buat bodoh sombong kerana anda tidak tau apa apa sebenarnya.


3) janganlah percaya pada tukang jual jamu atau herba kerana kelulusan mereka hanya SPM dan tidak faham tentang ilmu kedokteran. Mereka pandai saja cakap sebab hendak lariskan produk mereka sahaja.

4) jangan sekali kali lengahkan jumpa doktor jika rasa sakit kepala melampau atau pening melampau kerana umur kita sudah USIA SAKIT yakni 40 tahun ke atas. Dan kita tidak tahu apa apa pasal sebab sebab sakit kepala. Minyak cap kapak bukan ubat saluran darah tersumbat.

5) berhentilah minum teh tarik atau kopi susu isian pekat manis kerana ianya bukan susu malah ianya adalah pekatan kelapa sawit yang diperkaya dengan gula dan di diwarna putih.

6) sebenarnya kita, awak dan kawan kawan semua tak tahu apa satu pasal penyakit. Hanya cakap pandai dan besar saja. Hakikatnya seringlah jumpa doktor.
Jangan takut jumpa doktor kerana doktor bukan hantu atau rimau.

7) lebih baik kita tau dari awal penyakit kita agar kita boleh berusaha mengubati dari dok kecek sedak padahal kita tak tahu gapa satu.

8) jawatan tinggi dan kedudukan kewangan yang banyak bukan ukuran bahawa kita tahu akan penyakit kita.

9) Cari masa utk bersenaman semampu anda mengikut usia dan kemampuan masing2. Jalan kaki pun boleh, apa susah

BERINGATLAH.
Pesanan ikhlas untuk sahabat sahabat demi menjaga kesihatan.

Wednesday, November 8, 2017

*Mencium Anak, Sunnah Nabi SAW*

_“Perbanyaklah kamu mencium anak cucumu karena imbalan dari setiap ciuman adalah surga.” (HR. Bukhari)"_
      
*4 Anggota Tubuh Anak Yang Perlu Dicium Orangtua Setiap Hari*

_Mari lahirkan rasa kasih dalam diri anak-anak melalui sifat orang tua yang penyayang._

_Berikut ini adalah saran kami sebagai psikolog Islam yang sebaiknya diamalkan setiap hari terhadap anak-anak._

*CIUMAN KASIH SAYANG*

*1.* _*Di ubun-ubun*_, 
_menunjukkan kebanggaan orangtua terhadap anak sambil didoakan agar menjadi anak soleh/sholehah, aamiin._

*2.* _*Di dahi*_, 
_menandakan orangtua redha atas keberadaan anak._ 
_*Rasulullah s.a.w* mencium *Fatimah radiallahu anha* di dahinya._

*3.* _Di *kedua pipi*_
_sambil mengucap masya Allah, sebagai tanda *syauq* (perasaan sayang dan rindu) orangtua terhadap anak._

*4.* _*Di tangan anak*_, 
_tanda *mawaddah wa hubb* (kasih sayang) sambil mengucap *barakallah*, sebagaimana *Rasulullah s.a.w* juga selalu mencium tangan putri tercinta : *Fatimah r.a.*_

*SENTUHAN SAYANG*

*1.* _*Menggosok belakang kepala anak*, sebagai tanda kasih sayang dan perlindungan._

*2.* _*Menggosok atas kepala atau ubun-ubun*, menunjukkan kebanggaan orangtua terhadap anak._

*3.* _*Mengusap dahi*, sebagai tanda syauq (perasaan sayang dan rindu) terhadap anak._

*4.* _*Kedua pipi*, juga tanda mawaddah wa hubb (kasih sayang)_

*5.* _*Memegang kedua tangan*, untuk menenangkan anak ketika perasaannya tampak kacau atau bingung._

_*Perhatian*_ :
_Usaplah dada anak sambil istighfar saat ia menunjukkan kecenderungan berbuat salah atau sedang marah, untuk menenangkannya._

_Lakukan tindakan mawaddah warohmah ini diiringi kalimat2 thoyyibah._

*SUDAH KAH KITA CIUM ANAKNDA HARI INI?*

*_InShaa ALLAH niat amal dan sampaikan_*

Monday, November 6, 2017


1. Subhanallah 33x
Alhamdulillah 33x
Allahuakbar 34x


2. Al-Waqiah,
- menceritakan tentang hari akhirat
- dengan membacanya, hidup kita tidak akan ditimpa kepapaan
- dapat mengubat hati, beri hati kita luas.

3. Bangun tidur puji Allah
Lailaha illallah
La haula wala quwwata illa billah

Allah kata, hamba-Ku bangun je tidur, dia memuji-Ku, minta ampun pada-Ku, Aku ampunkan. Apa yang dia minta pada-Ku, Aku berikan.

Jangan pandang rendah pada Al-Quran. Kita baca Quran, sebab kita cinta Allah. Takde siapa boleh beri rasa bahagia, rasa tenang melainkan Allah.

Kita rasa down bila orang nasihat kita, mengata kita, ibarat kita dijatuhkan, berbahagialah, selain Allah makhluk tak mampu berbuat apa apa. Hati hanya perlu takut pada Allah.

Jangan takut, terlalu hormat dan besarkan orang lain, tetapi mereka yang miskin, yang susah, layanan kita pada mereka sangat berbeza. Jaga standard. Jangan lupa diri, takde apa yang kita nak sombong, dunia ni Allah yang punya.

Kita zalim. Kita kejam. Solat sunat tunggang terbalik, tapi ada orang yang sedang terjun bangunan, menjerumuskan diri mereka ke lubang neraka. Mereka tak faham. Mereka tak tahu, maafkan mereka. Dan moga Allah ampunkan kita kerana kurang dakwah pada mereka. Tak usaha jadi baik sebagai contoh teladan buat mereka.

Ujian kita, nampak diri kita lebih baik, pandang rendah pada orang lain. Tengok mana mana anak Islam, tengok mereka dengan pandangan kasih, doakan mereka moga diberi hidayah dan kasih sayang dari Allah.

"Ya Allah, mereka tak tau, beri hidayah pada mereka, aku yang kurang, aku yang dhaif"
Ini kata kata Nabi, insan maksum, yang tiada dosa, yang tak pernah membenci sesiapa, hanya ingin kebaikan buat ummatnya. 😭

Terus berdakwah. Biar kita letih letih dalam kebaikan, segala yang kita perbuat tiada yang lain hanya untuk memperjuangkan agama Allah.

Sebelum tidur puji Allah. Bangun tidur puji Allah.

Dalam tahajud, bermadahlah, berseloka, puji Allah. "Ya Allah, saya tau saya yang riak. Terima kasih Allah kerana sayang saya, bagi nikmat pada saya, maafkan saya kerana tak dakwah".

Dalam hidup kita, banyak puji Allah, amal tahajud, supaya diri kita rasa takde apa. Kita nak Allah sayang kita, maafkan kita. Dalam hidup ni biarkan orang benci kita, kerana dia tak tentukan hidup kita. ALLAH tentukan. Kun fayakun. Allah yang kehendaki atas apa yang terjadi.

Kita kurang dekatkan diri pada kebaikan. Kita lihat orang lain cacat, tak sempurna. Kita silap. Allah dah jadikan diri kita sebaik baik kejadian, setiap insan dilahirkan sempurna di pandangan Allah. Bersihkan hati, kita jadi lemah bila hati kita kurang bersyukur.

Amal setiap malam,

Al-Waqiah
Ar-Rahman
Al-Hadid

Moga Allah sucikan hati kita dari memandang dunia.

- Petikan dari sharing Ustaz Ebit, 16 Oktober 2017 -

#KalamMotivasi

Wednesday, November 1, 2017


*PERHIMPUNAN AMAN SERAH MEMORANDUM KEPADA KEDUTAAAN BRITISH*

Apa perasaan anda jika ahli keluarga anda *dibunuh* dengan kejam? Diperlakukan seperti *haiwan*? Ditangkap secara *paksa* meskipun masih kanak-kanak? Rumah anda pula *diroboh* dengan jentolak? *Dihalau* dan *dipindahkan* kerana dikatakan anda bukan penduduk asal padahal anda sememangnya penduduk asal? Setiap hari air dan elektrik *dicatu*? Dipisahkan oleh *tembok pemisah* yang memutuskan bekalan makanan dan pendidikan? Itulah *kesengsaraan* yang dilalui oleh rakyat Palestin sejak Deklarasi Balfour 100 tahun yang lalu. 

Bagi mengingati kekejaman ini, kami ingin *MENJEMPUT* anda semua *RAKYAT MALAYSIA* pencinta kemanusiaan dan keamanan untuk sama-sama berhimpun secara aman bagi menyerah memorandum bantahan sambutan 100 tahun Deklarasi Balfour yang bakal diraikan tepat pada 2 November ini. Peristiwa Deklarasi Balfour tidak patut diraikan kerana ia telah mencabuli pelbagai hak asasi manusia rakyat Palestin yang tidak berdosa. *Sebar dan mari berhimpun!*

Tarikh : 3 November 2017 (Jumaat)
Tempat : Hadapan Menara Binjai, No 2, Jalan Binjai, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 

*ATUCARA PERHIMPUNAN AMAN SERAH MEMORANDUM*

- 10.30 pagi : Berhimpun di Depan Menara Binjai. 

- 11.15 pagi : Wakil Perhimpunan serah Memorandum kepada Kedutaan British. 

- 12.15 tgh hari : Sidang Media. 

- 12.30 tgh hari : Bersurai dengan aman. 

*#Share* *#Viral*
*#Balfour100*
*#MalaysiaBersamaPalestin*